Monday, August 2, 2010

Undang-undang Siber

Malaysia telah melangkah masuk ke dunia siber melalui dua pendekatan iaitu melalui hard-infrastructure dan soft infrastructure. Hard infrastructure bermaksud membina infrastructure mewujudkan kawasan fizikal untuk pembangunan berkaitan dengan ICT termasuk membina backbone komunikasi yang berkelajuan tinggi. Soft infrastructure bermaksud mewujudkan undang-undang yang berkaitan berkaitan dengan pembangunan ICT itu.
Secara fizikalnya kawasan yang diperuntukkan dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC). Di sinilah tumpuan pembangunan berkaitan dengan ICT dilakukan. Sehingga 19 Jun 2009, sebanyak 87 buah syarikat antarabangsa yang mendapat status “International World Class MSC Malaysia Status Companies”. Manakala sehingga 24 Mei 2005, sebanyak 67 incubators pula mendapat taraf international world Class MSC Malaysia Status Companies. Selain itu, sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut turut tersenarai sebagai institusi yang mempunyai program ICT. (www.mscmalaysia.com.my dirujuk pada 4 Okt. 2009).

Malaysia telah telah meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
Akta Tandatangan Digital 1997.
Akta Jenayah Komupter 1997.
Akta Teleperubatan 1997.
Secara kolektifnya, undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang siber.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industry komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber).
Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3).
Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.
Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Saya sendiri ada menulis dalam Berita Harian mengenai perkara ini (Jika ia dapat disalin, saya akan pindahkan artikel itu dalam blog ini).
Akta Tandatangan Digital 1997.

Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.

Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.
Akta Teleperubatan 1997

Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

Akta Hak Cipta (Pindaan).
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.

Tuesday, July 20, 2010

Guru-guru SMK Ayer Keroh


Barisan pentadbir dan guru-guru SMK Ayer Keroh

Sunday, November 1, 2009

Logo sekolah




SMK Ayer Keroh (SMKAK) telah mula beroperasi pada 1 Januari 2004 di tapak yang ada sekarang iaitu di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka. Lokasinya berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta berada dalam lingkungan kawasan Hang Tuah Jaya yang merupakan Pusat Pentadbiran Negeri Melaka yang baru.Tenaga pengajar SMKAK bermula dengan 17 orang guru dan 4 orang kakitangan bukan guru pada tahun 2004. Kini, tenaga pengajar telah bertambah seramai 52 orang guru dan 10 orang kakitangan bukan guru.Pada tahun 2004, sekolah ini hanya menerima pelajar tingkatan satu, dua dan empat iaitu seramai 246 orang sahaja. Namun begitu, pada tahun 2008, bilangan pelajar meningkat sebanyak 714 orang dengan 28 buah kelas termasuk 2 buah kelas Pendidikan Khas.

Selamat datang


Blog ini dikhususkan untuk mata pelajaran ICTL dan Produksi Multimedia